Kelas Kenali Dunia Internet

28 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan Kelas Kenali Dunia Internet yang bertujuan untuk mendidik generasi muda melayari internet dengan bijak dan selamat. Pada masa yang sama, para peserta juga diajar untuk memuat turun gambar secara terus daripada internet kemudian melakukan sedikit suntingan pada gambar berkenaan.

Sebelum berlangsungnya kelas tersebut para peserta diberi taklimat KDB dan advokasi. Mereka diberi penerangan tentang topik maklumat palsu dan CYL. Program tersebut telah diadakan di PI Sibuti dan telah berlangsung selama 2 jam 30 minit. Seramai 6 orang peserta yang telah menyertai kelas berkenaan.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali